Monday, April 11, 2011

MENGAPA MELAYU TAKUTKAN PERNIAGAAN?

MENGAPA MELAYU TAKUTKAN PERNIAGAAN?


Firman Allah swt di dalam Al-Quran,surah Jumaat,ayat 10,bermaksud:
Maka apabila kamu telah menunaikan solat,bertebaranlah di muka bumi dan carilah
kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya,mudah-mudahan
kamu menang.

      Ekonomi negara dikuasai bangsa Cina .Cina menguasai pelbagai bidang dalam perniagaan dan amat sedikit jumlah bangsa Melayu berniaga.Melayu yang berniaga juga mendapatkan sumber produk dari pemborong Cina.

Ini menunjukkan bangsa Melayu yang menceburi perniagaan amat sedikit.Antara punca Melayu takutkan perniagaan adalah :

1.Berfikir makan gaji memberi pendapatan tetap dan lebih baik.
2.Takutkan risiko kerugian.
3.Berfikir berniaga  tidak menjamin masa depan.
4.Tidak berani menghadapi cabaran.
5.Takutkan kegagalan.
6.Menganggap orang yang mempunyai hubungan politik sahaja boleh berjaya.
7.Mahu banyak cuti dan rehat.
8.Menganggap bisnes itu budaya Cina,bukan Melayu.
9.Menganggap bisnes itu bermusim sahaja keuntungan.
10.Tidak mahu pening kepala dengan masalah hutang.
11.Takut kehilangan modal.
12.Menganggap bisnes itu susah.
13.Menganggap tiada ilmu.
14.Tidak mahu bersusah payah.
15.Tiada motivasi dalam diri.
16.Tidak yakin berjaya.


Adakah Melayu itu satu bangsa sedemikian yang amat takutkan perniagaan?
Jika empayar Melaka boleh maju dan berjaya suatu waktu dahulu ketika belum
lahir lebuh raya,internet dan kapal terbang,mengapa kita yang hidup pada zaman serba
canggih dan sotisfikated tidak boleh berjaya dalam perniagaan?

Sebenarnya kejayaan tamadun Melaka membuktikan bahawa bangsa Melayu itu bijak dalam ekonomi.Mereka berjaya menjadi pedagang hebat  dan menarik ramai pelabur ke Melaka hingga dicemburui negara Eropah dan datanglah Portugis menawan Melaka,kemudian diikuti Belanda.

Kerugian dan kesilapan paling besar dalam bangsa Melayu adalah sifat takutkan perniagaan.Mereka belum lagi memulakan perniagaan mereka telah berfikir mereka akan gagal.

Memang menyedihkan mentaliti Melayu sedemikian.Melayu adalah bangsa yang bijak sejak ribuan tahun lampau,namun mentaliti mereka menyebabkan ramai Melayu menjauhi perniagaan.

Bangsa Cina adalah lebih kecil berbanding Melayu namun mereka berjaya menguasai ekonomi negara.Tanpa sokongan MARA dan DEB,malah hak keistimewaan mereka berjaya.Mereka berjaya kerana kesungguhan dan merebut peluang bukan menunggu wang emas dari langit.

Sebagai anak Melayu,saya mahu melihat lebih ramai Melayu menceburi perniagaan terutama sektor industri pemakanan.Adalah lebih baik bihun,kicap,sos,kerepek,makanan ringan,kek,bebola ikan,sayuran,makanan dalam tin,wafer,ais krim,pau  dan sebagainya dihasilkan bangsa Melayu kerana terjamin bersih dan halal.

Apabila kerajaan memperkenalkan negara sebagai Hub Halal kepada dunia,bangsa Melayu perlu berusaha menjadi usahawan dan berjaya menghasilkan pelbagai makanan untuk dipasarkan dalam dan luar negara.Kerajaan menyokong dengan pelbagai cara untuk memajukan bangsa Melayu dalam perniagaan namun sikap bangsa Melayu sendiri yang tidak mahu memajukan diri.

Sampai  bila sifat takutkan perniagaan terus bersarang dalam jiwa bangsa Melayu?

Fikir-fikirkan..
Puan Azimah Mohamad
CEO.

No comments:

Post a Comment