Wednesday, April 13, 2011

MEMILIH JENIS PERNIAGAAN

MEMILIH  JENIS  PERNIAGAAN

       SETELAH KALIAN FAHAM DENGAN MODAL,KINI KITA BINCANGKAN MENGENAI PERKARA PENTING IAITU LANGKAH KEDUA :Memilih jenis perniagaan.
        Kita telah memiliki wang yang cukup dan mahu berniaga.Persoalannya,apakah jenis bisnes yang kita mahukan?
Untuk menetapkan jenis bisnes beberapa perkara penting perlu diambil kira iaitu :

1.Perniagaan yang banyak persaingan.
2.Perniagaan yang kurang persaingan.
3.Perniagaan yang mempunyai risiko besar.
4.Perniagaan yang mempunyai risiko kecil.
5.Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki.
6.Persediaan memulakan bisnes.
7.Kajian mengenai bisnes yang berpotensi maju atau tidak.
8.Kajian mengenai jenis produk yang dikehendaki pelanggan.
9.Kajian mengenai lokasi dan jenis bisnes.
10.Pengetahuan mengenai pemasaran dan promosi jenis bisnes.

         Semua perkara di atas adalah amat penting agar kita TIDAK  tersalah pilih bisnes.Tersalah pilih bisnes akan menyebabkan kita bukan  sahaja  tidak mendapat keuntungan malah kehilangan modal yang ditanam.Tiada manusia mahu rugi dalam bisnes.

        Contoh yang mudah,anda mempunyai RM10,000 dan mahu membuka gerai makanan di kawasan yang sudah ada 20 buah gerai makan.Adakah itu pilihan jenis bisnes yang tepat?TIDAK.
Anda mahu berniaga pasar malam menjual pakaian kanak-kanak dan permainan  di kawasan pasar malam.Kawasan tersebut tiada yang menjual pakaian dan produk sedemikian.Pilihan anda tepat!
Jadi anda perlu faham mengapa pilihan jenis bisnes amat penting bagi menjayakan usaha dalam bisnes.

Pilihan yang salah akan menyebabkan bisnes gagal dan tidak berdaya maju.

     Sebagai usahawan yang mempunyai pelbagai bisnes,saya membuat kajian mengenai 10  perkara tersebut sedalamnya sebelum membuka sesuatu  bisnes kerana tidak mahu rugi.Bisnes restoran yang diusahakan memakan modal RM200,000.RM100,000 adalah simpanan,manakala bakinya pinjaman dengan PUNB.

        Ramai anak Melayu mempunyai modal yg cukup,namun tersalah pilih jenis bisnes.Akhirnya rugi dan kehilangan  modal yang telah dikumpul bertahun melalui bekerja siang dan malam.

      Saya tidak boleh mencadangkan apakah jenis bisnes kerana setiap individu dan lokasi adalah berlainan.Apabila seorang teman FB bertanya mengenai bisnes sesuai dan beliau mempunyai modal RM3000,saya mencadangkan beliau membaca mengenai jenis bisnes kecil.Ia telah ditulis .RM3000 adalah mustahil membuka  premis.Bisnes kecil adalah sesuai.

        Setiap jenis perniagaan sama ada besar atau kecil mempunyai risiko.Nasihat saya jika anda
ingin berjaya dalam perniagaan perlu memilih jenis perniagaan yang kurang risiko.Risiko
perniagaan muncul dari persaingan dan kehendak pasaran.Memang tidak dinafikan bahawa jika
seseorang itu bijak mengendalikan perniagaannya,segala risiko dalam perniagaan dapat diatasi.Risiko
perniagaan boleh menyebabkan perniagaan rugi dan jatuh bangkrap.

         Justeru sebelum memilih perniagaan,pastikan perniagaan tersebut tidak mempunyai banyak risiko
Yang memungkinkan seseorang rugi dan gagal dalam perniagaan.
         Risiko perniagaan semakin bertambah jika perniagaan anda adalah perniagaan yang
mempunyai terlalu banyak persaingan.Jika anda memilih perniagaan yang banyak
persaingan,ini akan menyebabkan anda terjerumus dalam kegagalan.Jika anda ingin
berjaya dalam perniagaan yang banyak risiko,anda perlu mempunyai modal yang

cukup,pemasaran yang efisien,pelan perancangan jangka masa pendek dan
panjang,berjaya menyakinkan pelanggan dengan produk dan khidmat yang berkualiti
agar terus bertahan dan kekal dalam perniagaan.

   Ramai anak Melayu gagal dalam bisnes kerana mereka tidak mengambil berat 10 perkara penting tersebut.Mereka berfikir perniagaan itu amat mudah.Seorang ayah jutawan tidak mungkin menjadikan anaknya jutawan kerana setiap individu adalah berbeza.

     Saya lihat ramai Melayu gagal dalam bisnes kerana suka mengikut apa orang buat.Bila Fatimah berjaya dalam bisnes pisang goreng di tepi jalan,maka  Zaiton pun mengikutnya.Maka lama-lama  jadilah sebuah kampung  atau taman ada 20 peniaga pisang goreng!

     Jika kita lihat bangsa yang maju seperti  Cina dan Yahudi ,mereka mencari produk baru.Mereka mencipta jenis bisnes baru dan akhirnya berjaya...Mereka bukan bangsa yang suka meniru.

          Memilih jenis bisnes amat penting kerana ia adalah langkah awal untuk berjaya.Jika langkah pertama telah gagal,maka tiada lagi langkah kedua.Pabila langkah pertama berjaya,barulah lahir langkah kedua untuk lebih berjaya dan memajukan lagi bisnes.

       Pada hari ini,bisnes yang paling berjaya adalah sektor makanan,reka cipta dan produk keperluan harian..Produk yang  berstatus  keperluan  akan mendapat permintaan yang banyak dalam dan luar negara.

          Saya mengaku saya tidak mempunyai wang RM100 juta.Jika ada,saya akan menceburi bidang reka cipta  produk dan industri makanan seperti menghasilkan produk makanan  kanak-kanak.Reka cipta juga adalah bidang yang maju dan berjaya.

       Contoh rekacipta yang mudah adalah motosikal panjang  empat tayar yang boleh membawa mangsa  kemalangan,sakit dan sebagainya dengan pantas ke hospital.Masalah kesesakan jalan raya sering menyebabkan ambulans  lambat sampai ke hospital dan mangsa meninggal dunia terutama di bandar besar.Kenderaan ini masih tiada dalam pasaran.Jika ia berjaya dihasilkan,seluruh dunia akan membelinya!

Begitu juga  botol pek syampu dan sabun mandi dalam satu bekas.Maknanya botol mempunyai dua bahagian iaitu kanan sabun mandi,manakala kiri adalah syampu.Ini akan memudahkan manusia dan tidak perlu memegang dua botol berlainan.Untuk kanak-kanak boleh dibuat dalam dua warna.Contohnya pek kanan warna merah adalah syampu,warna  hitam pek kiri adalah sabun mandi.Kanak-kanak mudah mengenal warna.


Zul Robot adalah anak Melayu yang jutawan kerana reka cipta.Beliau mencipta pelbagai jenis produk atau jenis  produk yang diminta pelanggan.Anak  Melayu ini mendapat pendidikan di Jepun dan kini jutawan kerana bijak merebut peluang dan menceburi bidang yang dianggap susah anak Melayu.Walaupun berjuta-juta anak Melayu mempunyai ijazah dalam elektronik,namun amat sedikit berjaya seperti beliau.Ini kerana mereka lebih suka makan gaji dan tidak mahu berniaga.

Dalam dunia ini ada berjuta-juta jenis bisnes.Jika tersalah pilih jenis bisnes,anda yang rugi.Sebaiknya buat kajian dan penelitian dengan baik agar langkah pertama membawa kejayaan.
Hayati kata-kata tokoh falsafah terkenal
“A journey of a thousand miles begins with a single step.” – Confucius.

Baca dan hayati luahan hati Zul Robot :


Zulkifli Haron, pencipta yang pernah menghasilkan rekaan luar biasa termasuk "kereta boleh bercakap", berasa kecewa kerana masih kurang usaha dijalankan untuk melahirkan lebih ramai golongan cerdik di negara ini. Beliau melihat perkembangan pendidikan rekabentuk di sekolah-sekolah tempatan masih statik malah masih ramai guru dan pelajar yang menganggap bidang itu hanya untuk mengisi masa lapang dan tidak mampu menjana pendapatan. 

"Sampai sekarang kita hanya ada Zul Design dan tidak melihat Ahmad Design atau Salleh Design. Persoalannya ke mana pelajar kreatif kita pergi selepas tamat sekolah," katanya.

Terima kasih kerana membaca!

Puan Azimah
CEO.


Zul Robot,anak Melayu yang berjaya dalam reka cipta.










No comments:

Post a Comment