Sunday, April 17, 2011

KURSUS USAHAWAN MELAYU

KURSUS USAHAWAN MELAYU


Tarikh cadangan kursus keusahawanan adalah 25 dan 26 Jun 2011.


LOKASI :




Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh MELAKA





kemudahan kemudahan yang ada adalah :






Dewan Seminar berhawa dingin.




AKTIVITI :


Hari pertama :


8 pagi : Kedatangan semua peserta dan suai kenal di Rumah Media Melaka Air Keroh


9 pagi : Sarapan pagi.


10 pagi : Motivasi buat Melayu


Melayu boleh berjaya dengan perniagaan


Mengapa Melayu gagal dalam bisnes


11 pagi : Jenis bisnes yang perlu diceburi.


10 bisnes utama 


50 bisnes  sampingan




1-2 petang : Makan tengahari,solat Zuhur




2-5  petang : Kemahiran dalam bisnes.




5 ptg bertolak ke Pantai Pengkalan Balak Masjid Tanah Melaka




(tempat penginapan booking sendiri dan bayar sendiri )




6-9 malam : Aktiviti bebas/makan malam


9-12 : Marketing dan info mengenai Pelanggan


Santai di tepi pantai




Hari Kedua :


8 pagi : Sarapan 


9 pagi : Info mengenai modal perniagaan dan sumber pinjaman.


10 pagi : Sumber produk murah dari luar negara.


11 pagi : soal-jawab


12 tengahari : Check out 


1 tengahari : Makan tengahari.




2 -5 petang : Lawatan tapak bisnes Puan Azimah




 6 petang : Majlis perpisahan




APA YANG PERLU DIBAWA PESERTA :


1.Laptop.(jika tiada tidak mengapa,namun sebaiknya perlu ada.Jika tiada pinjamlah dengan kawan)


2.Buku catitan.


3.Kamera .


4.Kain putih kosong 1 meter dan marker hitam dan merah.


5.Pen tulis.


6.Salinan kad pengenalan.


7.Salinan paspot.(jika tiada boleh dihantar kemudian )


8.Baju mandi.


9.Frame 8r kosong.


10.Benih pokok atau sayur.













RUMAH MEDIA MELAKA

MENGAPA MELAYU MAHU CEPAT KAYA?

MENGAPA MELAYU MAHU CEPAT KAYA?

       Melayu mahu cepat kaya.Mereka tidak mahu bersusah payah dan memikirkan kesenangan dan mudah kaya.

Namun ramai Melayu yang mahu cepat kaya akhirnya  merana.Antara  cara cepat kaya adalah :

1.Skim cepat kaya.
2.MLM.
3.Bisnes dan pelaburan meragukan.
4.Bisnes haram.
5.Menggunakan rasuah.

     Ramai Melayu menyertai skim cepat kaya.Kononnya melabur RM500 dan mendapat pulangan RM500 sebulan.Maka berbilion ang anak Melayu l,esap akibat terpengaruh dengan skim cepat kaya.Bank yang kaya pun hanya mampu mmeberi keuntungan 15% setahun jika membuat simpanan tetap,namun skim cepat kaya memberi keuntungan 100 % dalam sebulan!

   Ramai juga menceburi MLM yang menjanjikan pendapatan cepat dan kaya.Ada dipanggil sistem kutu,ada pula sistem piramid.Telah terbukti MLM bukan mengkayakan Melayu,hanya mengkayakan beberapa individu sahaja dalam pupuhan ribu  orang dalam sesebuah syarikat MLM.

        Bisnes meragukan sering menjadi  bualan hangat.Kononnya modal RM800 akan menjadi RM114,000 dalam setahun.Jika benar demikian,saya mahu melabur RM8000 dan menunggu  wang RM1.14 juta setelah genap setahun.Tidak perlu menunggu 10 tahun,setahun sahaja menjadi jutawan!


      Bisnes haram memang diminati ramai.Contoh mudah adalah menjual produk tiruan seperti DVD dan seluar Levis dari Siam.Ada yang mendapat keuntungan RM30,000 sebulan.Memang laris produk tiruan,namun ia termasuk bisnes haram.Bisnes ini dikategorikan haram kerana melanggar undang-undang hak cipta.


     Ramai Melayu terbabit dengan bisnes haram.Pelbagai jenis bisnes seperti membuka pusat snooker dan membiarkan manusia berjudi.


   Rasuah paling mudah.Mempunyai kenalan orang besar atau pegawai besar dalam kerajaan dan swasta,memberikan komisen 10 atau 20 % sebagai habuan mendapatkan projek.Komisen dianggap sedekah dan hadiah,namun hakikatnya rasuah.


       Sebagai usahawan,kita bukan hanya mencari wang sebanyaknya  namun kita juga perlu memikirkan halal dan haram.Kita dilahirkan Islam yang mempunyai pelbagai peraturan dan undang-undang.

Adakah kita melonggokkkan berjuta-juta wang di dunia namun dicampakkan ke Neraka?

Hayati kisah benar yang diceritakan dalam akhbar Utusan :

Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000.

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa.

Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti.

Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara.

Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz.

"Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama.

"Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari.

"Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah.

"Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

List of unauthorised websites / investment products / companies:


Admin bagi pihak CEO



PELANGGAN

PELANGGAN









 Dalam bisnes,pelanggan adalah penting.Jatuh bangun usahawan adalah bergantung dengan pelanggan.

Pelanggan didapati dengan  tiga cara :
1.Mencari pelanggan.
2.Pelanggan mencari  usahawan.
3.Pelanggan direkemen pelanggan sedia ada.

      Mencari pelanggan adalah paling efektif.Usahawan menjual produk kepada pelanggan di rumah,sekolah,kilang,ekspo,pasar malam dan sebagainya.Cara ini memerlukan kos dan ianya amat penat.Namun kepenatan itulah membuahkan kemanisan dalam kehidupan usahawan.Bilionair Boon Siew menggunakan cara ini bagi memulakan bisnes.Beliau menjaja motosikal ruamh ke rumah.


    Pelanggan mencari usahawan adalah paling mudah kerana usahawan tidak perlu bersusah payah keluar mencari pelanggan.Usahawan hanya perlu menyediakan produk dan pelanggan akan datang mencari usahawan.

       Contoh mudah KFC.Mereka mempunyai nama besar dan jenama yang baik.Mereka hanya perlu menunggu datang dan tidak  perlu bersusah payah mencari pelanggan kerana mereka mempunyai reputasi dan terkenal seluruh dunia.

    Begitu juga usahawan yang menggunakan internet sebagai wahana  promosi dan pemasaran seperti Youtube,Facebookd an emel.Hanya berada di rumah,ribuan pelanggan akan datang mencari usahawan mendapatkan  produk.Inilah cara paling menjimatkan,cepat dan efektif.Namun ramai tidak memanfaatkan internet,hanya berbual kosong dan membazirkan masa.

    Manakala cara ketiga pelanggan direkemen pelanggan sedia ada memang telah diamalkan banyak usahawan Cina.Mereka memberikan sagu hati kepada pelanggan membawakan pelanggan baru.Contohnya pengusaha motor memberikan RM100   kepada pelanggan yang membawa pelanggan baru membeli motor.Pengusaha kereta pula memberi RM500  kepada pelanggan yang membawa pelanggan baru membeli kereta.



      Dalam apa jua bisnes,pelanggan adalah amat penting.Usahawan bijak akan berusaha mendapatkan pelanggan dengan ketiga-tiga cara tersebut.Usahawan juga perlu mmebuat statistik jumlah pelanggan.Jika bulan pertama mendapat 100 pelanggan,bulan kedua mahu meningkatkan kepada 200.Begitulah seterusnya.Jika kita mendapat 1000 pelanggan tetap setahun dan mereka memberi keuntungan RM100 setahun,maka kita berjaya mengumpul RM100,000 setahun.Adakah sukar mencari pelanggan 1000 orang dalam setahun?Ianya tidaklah sukar jika kita berusaha menggunakan ketiga-tiga cara tersebut.

Dalam bisnes,pelanggan datang dan pergi.Usahawan perlu belajar bagaimana menjadikan pelanggan setia  .Usahawan juga perlu bermurah hati memberi hadiah dan sagu hati kepada pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baru.Usahawan juga perlu tekun mencari pelanggan di semua ceruk kampung dan bandar.

Ramai usahwan menggunakan Facebook,emel,Youtube sebagai cara mendapatkan pelanggan.Mereka hanya menggunakan laptop dan internet dan mampu mendapat 1000 pelanggan dalam sebulan.Kita perlu menambahkan ilmu dan kemahiran mengenai cara mendapatkan pelanggan melalui internet.Ia banyak diajar dalam buku,bengkel dan laman web.

Jika kita mempunyai wang yang banyak,produk yang baik namun tiada pelanggan,maka bisnes pasti berkubur.Dalam apa jua bisnes,pelanggan amat penting dan ramai Melayu gagal dalam bisnes kerana tidak bijak mencari pelanggan.Mereka membuka kedai runcit,namun hanya menunggu pelanggan datang tanpa berusaha mencari pelanggan melalui tiga cara tersebut.

Selamat membaca!

Admin bagi pihak CEO.









Saturday, April 16, 2011

Dari 0 kepada usahawan



Mereka adalah anak Melayu yang tidak tahu apa itu perniagaan.Namun mereka mahu berubah.

Alhamdulillah setelah kursus mereka tahu apa itu bisnes,di mana mahu mencari produk murah,di manakah pelanggan,di manakah sumber sebenar kekayaan dalam bisnes.Mereka juga belajar jenis bisnes yang berjaya.

Perniagaan bukan sahaja memerlukan wang,namun kemahiran dan pengetahuan adalah penting.Demi membantu bangsa Melayu,saya akan menganjurkan kursus usaahwan buat anak Melayu agar mereka berjaya dalam bisnes.

Mereka adalah 50 anak Melayu  yang dipilih dari seluruh negara.



KEMAHIRAN YANG AKAN DIBERIKAN :


Kemahiran memulakan bisnes dengan modal rendah.
Kemahiran memilih bisnes yang berpotensi
Kemahiran memilih produk.
Kemahiran menguruskan wang.
Kemahiran menarik pelanggan.
Kemahiran merancang.
Kemahiran menyelesaikan masalah.
Kemahiran mengelakkan atau meminimumkan kerugian.
Kemahiran mempelbagaikan jenis perniagaan.
Kemahiran melipatgandakan keuntungan.
Kemahiran menghabiskan stok.
Kemahiran mengatasi pesaing.
Kemahiran membuat akaun perniagaan.
Kemahiran menguruskan risiko
Kemahiran mengekalkan pelanggan.
Kemahiran komunikasi.
Kemahiran melakukan promosi.
Kemahiran membuat analisa.
Kemahiran mencari lokasi strategik.
Kemahiran menyusun pelan rancangan perniagaan
Kemahiran menghadapi pelanggan dan situasi
Kemahiran memujuk dan mempengaruhi pelanggan
Kemahiran membuat pinjaman.
Kesalahan usahawan Melayu dalam perniagaan.

Mereka yang dipilih adalah anak Melayu yang minat dalam dunia bisnes namun mereka kekurangan ilmu.Kejayaan bangsa Cina bukan kerana mereka Cina,namun mereka mempunyai ilmu dan kemahiran yang lebih baik.Bangsa Cina adalah terkenal sebagai pedagang dan usahawan sejak ribuan tahun lampau.

Kepada mereka yang terpilih,hayati kursus sebaiknya.Bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasih kepada manusia.

Admin bagi pihak CEO.

Thursday, April 14, 2011

MENGENALI RISIKO JENIS PERNIAGAAN

MENGENALI RISIKO JENIS PERNIAGAAN

           Setiap bisnes sama ada bisnes kecil atau besar mempunyai risiko.Risiko kecil atau besar.
Setiap jenis bisnes adalah berbeza risikonya.Risiko bukanlah penyebab kepada kegagalan bisnes namun
usahawan perlu  memahami setiap risiko agar berusaha mencari jalan mengatasi risiko.

        Risiko  bukan satu alasan untuk menjadikan kita menjauhi keusahawanan.Risiko adalah cabaran dan ujian dalam bisnes.Kehidupan ini adalah risiko.Contoh yang mudah adalah risiko berada di jalan raya adalah kemalangan.Adakah kerana kita takutkan risiko maka kita tidak akan berada di jalan raya?
Begitu juga risiko perkahwinan adalah perceraian.Adakah kerana takutkan risiko maka kita tidak mahu berkahwin dan membujang selamanya?

Begitulah perniagaan.Kita perlu akan berhadapan dengan risiko.Begitu juga pekerjaan.Ramai orang beranggapan bekerja makan gaji tiada risiko sedangkan apabila majikan jatuh bangkrap seperti kilang ditutup,maka pekerja akan kehilangan pekerjaan.Jadi apa jua kehidupan bakal berhadapan dengan risiko. Negara kita pernah mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 akibat penurunan nilai mata wang dan ribuan kilang telah ditutup.Ini membuktikan apa jua cabang kehidupan pasti mempunyai risiko.

          Contoh risiko mengikut jenis perniagaan adalah:

1.Restoran-Risiko dalam perniagaan ini adalah kerugian yang diakibatkan oleh rosak dan
luputnya makanan dan minuman.Jika setiap hari lauk dan menu tidak habis,maka ianya
akan dibuang dan mendatangkan kerugian kepada peniaga.Ini adalah risiko yang sering
menimpa pengusaha restoran dan kedai makan.Peniaga perlu bijak melakukan usaha dan
tindakan agar risiko ini dapat dielakkan.



2.Penternakan-Risiko yang akan dihadapi oleh pengusaha dan peniaga adalah masalah
penyakit yang menimpa haiwan peliharaan.Jika ayam dan lembu ditimpa penyakit,maka
peniaga akan kerugian apabila haiwan tersebut mati atau disahkan tidak boleh dijual
kerana mendatangkan risiko kepada manusia.Begitu juga penternak ikan akan
menghadapi risiko kematian akibat racun atau penyakit.Bidang penternakan tidak dapat
mengelakkan risiko,justeru peniaga perlu bijak mengambil pelbagai langkah
mengelakkan pelbagai risiko dalam penternakan.



3.Pengurup wang-Risiko perniagaan ini adalah permintaan.Kebiasaannya,pengurup wang
mengharapkan kedatangan pelancong yang ramai kerana hanya pelancong yang banyak
memerlukan khidmat tukaran wang.Apabila pelancong berkurangan,maka aktiviti
perniagaan semakin kurang.Ini akan menjejaskan perniagaan.


4.Barang-barang kemas-Risiko yang akan melanda perniagaan ini adalah
permintaan.Apabila negara mengalami masalah ekonomi,permintaan kepada barang
kemas adalah kurang kerana rakyat berbelanja dengan berhemat.Pelanggan hanya akan
mencari barang kemas apabila amat diperlukan seperti pertunangan dan
perkahwinan.Permintaan terhadap barang kemas adalah kurang.Perniagaan ini juga akan
berhadapan risiko kecurian dan rompakan.Banyak kejadian rompakan dan kecurian
berlaku melibatkan kedai yang menjual barang-barang kemas.


5.Farmasi-Risiko permintaan kurang.Kebanyakan rakyat jarang mengunjungi farmasi
apabila demam dan sakit kerana beranggapan mengunjungi hospital dan klinik adalah
lebih baik.Sikap pengguna yang tidak mendapatkan makanan kesihatan seperti vitamin
juga menjejaskan perniagaan ini.Perniagaan ini juga berhadapan dengan risiko bekalan
ubatan yang mempunyai  tempoh masa untuk digunakan dengan terhad.
6.Kedai pakaian-Risiko yang akan dihadapi perniagaan ini adalah pertukaran fesyen dan
rekaan.Ini akan menyebabkan stok bertimbun dan kerugian.Perniagaan ini juga akan
berhadapan dengan risiko permintaan kerana pakaian bukan keperluan utama dan
kebanyakan pengguna lebih mementingkan makanan.


7.Kedai runcit-Risiko had tempoh masa jenis barang dijual adalah terhad dan
terbatas.Apabila barang-barang telah busuk atau tamat tempoh penggunaan,peniaga
berhadapan dengan kerugian.


8.Perabot-Risiko permintaan terhad.Pengguna hanya akan membeli perabot apabila
perabot rosak dan ini akan memakan masa bertahun-tahun.          


9.Barang elektrik-Risiko permintaan terhad dan perubahan teknologi.Peniaga akan
berhadapan risiko jika jualan kurang.Perubahan model dan teknologi pantas juga
menyebabkan lambakan stok.


10.Penerbitan-Risiko permintaan kurang akan melambakkan stok dan peniaga
menanggung kerugian.Penerbitan bergantung kepada pembeli yang rajin membaca.


11.Kontraktor-Risiko tender dan kerja kurang.Ini akan menjejaskan perniagaan.


12.Cermin mata-Permintaan terhad dan akan melambatkan perjalanan perniagaan.


13. Besi buruk-Risiko bekalan terhad dan terbatas.


14.Bunga-Risiko bunga mudah layu dan rosak.Begitu juga permintaan.  


15.Makanan segera-Risiko kurang pelanggan akibat persaingan harga,lambakan stok
makanan.


16.Kolam memancing-Risiko kurang pelanggan kerana pemancing memilih alternatif lain
seperti lombong,sungai dan laut.


17.Klinik haiwan-Risiko kurang permintaan,makanan dan ubatan haiwan mempunyai
masa dan tempoh terhad.


18.Barang-barang kaca-Risiko permintaan terhad,barang mudah pecah.


19.Kedai buku-Risiko lambakan buku,permintaan kurang akibat tiada kesedaran
membaca.


20.Keperluan pengantin-Risiko permintaan terhad dan bermusim.


21.Sewa kenderaan-Risiko permintaan terhad,kerosakan kenderaan.


22.Barang antik-Risiko kurang permintaan dan terhad.


23.Kek-Risiko permintaan kurang dan bermusim.


24.Kraftangan-Risiko permintaan terhad,lambakan stok.


25.Produk kesihatan-Risiko permintaan terhad,stok mempunyai had masa tertentu.


26.Produk kecantikan-Risiko permintaan terhad.


27.Landskap-Risiko permintaan terhad dan bermusim.


28.Penternakan ikan -Risiko penyakit dan kematian.Banyak juga berlaku kes kolam ikan diracun kerana hasad dengki .


29.Pelancongan-Risiko permintaan terhad dan bermusim.


30.Bengkel membaiki kenderaan-Risiko permintaan terhad.


31.Kaset,cd,vcd,dvd-Risiko kurang jualan lantaran masalah cetak rompak.


        Demikianlah beberapa risiko yang akan dihadapi oleh peniaga yang menjalankan
perniagaan mengikut jenisnya.Peniaga patut menyedari setiap risiko perniagaan yang
akan wujud dalam setiap perniagaan.Peniaga perlu mencari jalan agar risiko dapat
diminimumkan atau dihapuskan sama sekali.             


         Risiko dalam perniagaan tidak sepatutnya menjadi batu penghalang atau ketakutan
kepada bangsa Melayu untuk menceburi perniagaan dan  menjadi usahawan.Apabila
peniaga mengkaji setiap risiko perniagaan,peniaga perlu mencari idea dan langkah positif
agar mengelakkan risiko atau meminimumkan risiko.Itulah peniaga bijak.             


Jangan jadikan risiko sebagai penutup kemahuan anda untuk berniaga.Ingatlah,tiada
satu pun perniagaan yang tidak mempunyai risiko.Setiap perniagaan akan datang bersama
risiko.Justeru anda perlu bijak mencari idea dan membuat pelbagai pelan dan strategi
supaya risiko dapat ditangani.


Oleh demikian perkara penting sebelum menjadi usahawan adalah ilmu dan kemahiran.Ramai bertanya bagaimana mencari ilmu kerana mereka belum lagi berniaga dan ilmu datang setelah berniaga.Pandangan ini adalah silap.Pepatah ada mengatakan sediakan payung sebelum hujan.Bukan sudah hujan baru terkebil-kebil mencari payung!


Pada nota sebelum ini saya telah menceritakan jenis perniagaan yang kita mahu pilih.Sebelum mahu memilih jenis perniagaan kita perlu membuat kajian dan perancangan agar bisnes yang kita pilih adalah betul.


Ramai usahawan gagal dalam bisnes kerana mereka tidak memahami setiap risiko bisnes yang mereka jalankan.Mereka juga gagal kerana gagal menangani setiap risiko yang hadir.



Kita perlu belajar dan belajar.Saya membuka blog ini untuk memberi ilmu,bukan menjual barang.Saya tidak perlukan pujian dan juga tidak mahukan kejian.Saya mahu lebih ramai Melayu berkecimpung dalam bisnes.Saya juga mahu yang telah berniaga mempunyai ilmu dan kemahiran memajukan lagi bisnes.

Selamat membaca!



 Puan Azimah Mohamad
CEO

15 April 2011

Wednesday, April 13, 2011

MEMILIH JENIS PERNIAGAAN

MEMILIH  JENIS  PERNIAGAAN

       SETELAH KALIAN FAHAM DENGAN MODAL,KINI KITA BINCANGKAN MENGENAI PERKARA PENTING IAITU LANGKAH KEDUA :Memilih jenis perniagaan.
        Kita telah memiliki wang yang cukup dan mahu berniaga.Persoalannya,apakah jenis bisnes yang kita mahukan?
Untuk menetapkan jenis bisnes beberapa perkara penting perlu diambil kira iaitu :

1.Perniagaan yang banyak persaingan.
2.Perniagaan yang kurang persaingan.
3.Perniagaan yang mempunyai risiko besar.
4.Perniagaan yang mempunyai risiko kecil.
5.Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki.
6.Persediaan memulakan bisnes.
7.Kajian mengenai bisnes yang berpotensi maju atau tidak.
8.Kajian mengenai jenis produk yang dikehendaki pelanggan.
9.Kajian mengenai lokasi dan jenis bisnes.
10.Pengetahuan mengenai pemasaran dan promosi jenis bisnes.

         Semua perkara di atas adalah amat penting agar kita TIDAK  tersalah pilih bisnes.Tersalah pilih bisnes akan menyebabkan kita bukan  sahaja  tidak mendapat keuntungan malah kehilangan modal yang ditanam.Tiada manusia mahu rugi dalam bisnes.

        Contoh yang mudah,anda mempunyai RM10,000 dan mahu membuka gerai makanan di kawasan yang sudah ada 20 buah gerai makan.Adakah itu pilihan jenis bisnes yang tepat?TIDAK.
Anda mahu berniaga pasar malam menjual pakaian kanak-kanak dan permainan  di kawasan pasar malam.Kawasan tersebut tiada yang menjual pakaian dan produk sedemikian.Pilihan anda tepat!
Jadi anda perlu faham mengapa pilihan jenis bisnes amat penting bagi menjayakan usaha dalam bisnes.

Pilihan yang salah akan menyebabkan bisnes gagal dan tidak berdaya maju.

     Sebagai usahawan yang mempunyai pelbagai bisnes,saya membuat kajian mengenai 10  perkara tersebut sedalamnya sebelum membuka sesuatu  bisnes kerana tidak mahu rugi.Bisnes restoran yang diusahakan memakan modal RM200,000.RM100,000 adalah simpanan,manakala bakinya pinjaman dengan PUNB.

        Ramai anak Melayu mempunyai modal yg cukup,namun tersalah pilih jenis bisnes.Akhirnya rugi dan kehilangan  modal yang telah dikumpul bertahun melalui bekerja siang dan malam.

      Saya tidak boleh mencadangkan apakah jenis bisnes kerana setiap individu dan lokasi adalah berlainan.Apabila seorang teman FB bertanya mengenai bisnes sesuai dan beliau mempunyai modal RM3000,saya mencadangkan beliau membaca mengenai jenis bisnes kecil.Ia telah ditulis .RM3000 adalah mustahil membuka  premis.Bisnes kecil adalah sesuai.

        Setiap jenis perniagaan sama ada besar atau kecil mempunyai risiko.Nasihat saya jika anda
ingin berjaya dalam perniagaan perlu memilih jenis perniagaan yang kurang risiko.Risiko
perniagaan muncul dari persaingan dan kehendak pasaran.Memang tidak dinafikan bahawa jika
seseorang itu bijak mengendalikan perniagaannya,segala risiko dalam perniagaan dapat diatasi.Risiko
perniagaan boleh menyebabkan perniagaan rugi dan jatuh bangkrap.

         Justeru sebelum memilih perniagaan,pastikan perniagaan tersebut tidak mempunyai banyak risiko
Yang memungkinkan seseorang rugi dan gagal dalam perniagaan.
         Risiko perniagaan semakin bertambah jika perniagaan anda adalah perniagaan yang
mempunyai terlalu banyak persaingan.Jika anda memilih perniagaan yang banyak
persaingan,ini akan menyebabkan anda terjerumus dalam kegagalan.Jika anda ingin
berjaya dalam perniagaan yang banyak risiko,anda perlu mempunyai modal yang

cukup,pemasaran yang efisien,pelan perancangan jangka masa pendek dan
panjang,berjaya menyakinkan pelanggan dengan produk dan khidmat yang berkualiti
agar terus bertahan dan kekal dalam perniagaan.

   Ramai anak Melayu gagal dalam bisnes kerana mereka tidak mengambil berat 10 perkara penting tersebut.Mereka berfikir perniagaan itu amat mudah.Seorang ayah jutawan tidak mungkin menjadikan anaknya jutawan kerana setiap individu adalah berbeza.

     Saya lihat ramai Melayu gagal dalam bisnes kerana suka mengikut apa orang buat.Bila Fatimah berjaya dalam bisnes pisang goreng di tepi jalan,maka  Zaiton pun mengikutnya.Maka lama-lama  jadilah sebuah kampung  atau taman ada 20 peniaga pisang goreng!

     Jika kita lihat bangsa yang maju seperti  Cina dan Yahudi ,mereka mencari produk baru.Mereka mencipta jenis bisnes baru dan akhirnya berjaya...Mereka bukan bangsa yang suka meniru.

          Memilih jenis bisnes amat penting kerana ia adalah langkah awal untuk berjaya.Jika langkah pertama telah gagal,maka tiada lagi langkah kedua.Pabila langkah pertama berjaya,barulah lahir langkah kedua untuk lebih berjaya dan memajukan lagi bisnes.

       Pada hari ini,bisnes yang paling berjaya adalah sektor makanan,reka cipta dan produk keperluan harian..Produk yang  berstatus  keperluan  akan mendapat permintaan yang banyak dalam dan luar negara.

          Saya mengaku saya tidak mempunyai wang RM100 juta.Jika ada,saya akan menceburi bidang reka cipta  produk dan industri makanan seperti menghasilkan produk makanan  kanak-kanak.Reka cipta juga adalah bidang yang maju dan berjaya.

       Contoh rekacipta yang mudah adalah motosikal panjang  empat tayar yang boleh membawa mangsa  kemalangan,sakit dan sebagainya dengan pantas ke hospital.Masalah kesesakan jalan raya sering menyebabkan ambulans  lambat sampai ke hospital dan mangsa meninggal dunia terutama di bandar besar.Kenderaan ini masih tiada dalam pasaran.Jika ia berjaya dihasilkan,seluruh dunia akan membelinya!

Begitu juga  botol pek syampu dan sabun mandi dalam satu bekas.Maknanya botol mempunyai dua bahagian iaitu kanan sabun mandi,manakala kiri adalah syampu.Ini akan memudahkan manusia dan tidak perlu memegang dua botol berlainan.Untuk kanak-kanak boleh dibuat dalam dua warna.Contohnya pek kanan warna merah adalah syampu,warna  hitam pek kiri adalah sabun mandi.Kanak-kanak mudah mengenal warna.


Zul Robot adalah anak Melayu yang jutawan kerana reka cipta.Beliau mencipta pelbagai jenis produk atau jenis  produk yang diminta pelanggan.Anak  Melayu ini mendapat pendidikan di Jepun dan kini jutawan kerana bijak merebut peluang dan menceburi bidang yang dianggap susah anak Melayu.Walaupun berjuta-juta anak Melayu mempunyai ijazah dalam elektronik,namun amat sedikit berjaya seperti beliau.Ini kerana mereka lebih suka makan gaji dan tidak mahu berniaga.

Dalam dunia ini ada berjuta-juta jenis bisnes.Jika tersalah pilih jenis bisnes,anda yang rugi.Sebaiknya buat kajian dan penelitian dengan baik agar langkah pertama membawa kejayaan.
Hayati kata-kata tokoh falsafah terkenal
“A journey of a thousand miles begins with a single step.” – Confucius.

Baca dan hayati luahan hati Zul Robot :


Zulkifli Haron, pencipta yang pernah menghasilkan rekaan luar biasa termasuk "kereta boleh bercakap", berasa kecewa kerana masih kurang usaha dijalankan untuk melahirkan lebih ramai golongan cerdik di negara ini. Beliau melihat perkembangan pendidikan rekabentuk di sekolah-sekolah tempatan masih statik malah masih ramai guru dan pelajar yang menganggap bidang itu hanya untuk mengisi masa lapang dan tidak mampu menjana pendapatan. 

"Sampai sekarang kita hanya ada Zul Design dan tidak melihat Ahmad Design atau Salleh Design. Persoalannya ke mana pelajar kreatif kita pergi selepas tamat sekolah," katanya.

Terima kasih kerana membaca!

Puan Azimah
CEO.


Zul Robot,anak Melayu yang berjaya dalam reka cipta.