Wednesday, April 13, 2011

MODAL MEMULAKAN PERNIAGAAN.

MODAL MEMULAKAN PERNIAGAAN.

   Apa jua bisnes memerlukan modal.Jika bisnes kecil,maka modal kecil.Jika bisnes besar,maka modal pun besar.

       Kebanyakan usahawan  terpaksa bekerja bertahun-tahun sebelum berjaya mengumpulkan modal.Bagi mereka yang mempunyai ibu bapa berharta dan kaya,tiada masalah kerana mereka mmapu mendapat wang untuk dijadikan modal bisnes dari ibu bapa mereka.

Namun bagi manusia biasa yang bukan keturunan kaya raya,mereka terpaksa bekerja siang  dan malam dan mengumpulkan wang sedikit demi sedikit.Walaupun bersusah payah namun itulah rintangan yang perlu dihadapi sebagai manusia...

      Bagi manusia yang mahu berniaga,perlu mempunyai modal.Tiada bisnes yang tidak memerlukan modal kecuali manusia mempunyai bakat seperti penyanyi atau pelukis.Mereka tidak emerlukan modal untuk berjaya.

Namun kita manusia biasa tiada bakat,maka terpaksa berhempas pulas bekerja mengumpulkan wang sedikit demi sedikit.....

Apa yang perlu diambil berat adalah :

1.Modal bisnes adalah sumber halal.

      Kita mahu menjadi manusia baik dan beriman ,maka perlu mengumpulkan modal dari sumber halal bukan sumber haram.Ramai manusia mengumpulkan wang dari sumber haram seperti  hasil judi,pekerjaan GRO,menipu orang dan sebagainya.

Apabila mengumpulkan wang dari sumber haram dan memulakan bisnes dengan wang tersebut,maka ia akan menjadi haram selamanya kerana akan beranak pinak.Jika memulakan modal RM10,000 dan berkembang  menjadi RM1 juta maka RM1 juta adalah haram.Segala wang,aset,harta yang dibeli adalah haram.

         Sebagai orang islam kita perlu peka.Berniaga adalah ibadat dan jangan menjadikannya dosa.Memulakan bisnes dengan modal halal adalah wajib fardhu ain kepada semua orang islam.

   Fikirkanlah....kehidupan adalah sementara.

Selamat berniaga!

Admin bagi pihak Ceo.

USAHAWAN ADALAH PEMBINA KEMAJUAN NEGARA.

USAHAWAN ADALAH PEMBINA KEMAJUAN NEGARA.


     Usahawan amat penting kepada negara.Mereka menyumbang hasil negara melalui cukai ,zakat yang dibayar kepada negara.Mereka juga membantu kerajaan dalam menyediakan infrastruktur dan prasarana kepada rakyat melalui sumbangan kepada pelbagai agensi  kerajaan.

       Kebanyakan negara  di dunia maju kerana mereka  berjaya menghasilkan pelbagai produk yang dilahirkan usahawan.Jepun contohnya berjaya melahirkan kereta,peralatan elektronik.Belanda pula berjaya mengasilkan pelbagai jenis bunga.Amerika pula berjaya menjadikan KFC dan McDonald menjelajah seluruh dunia.

      Malaysia adalah sebuah negara yang sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara pengeksport pelbagai produk.Idea sebuah kampung sebuah produk adalah untuk mendidik keusahawanan dalam jiwa rakyat.

       Penduduk dunia berjumlah hampir 6 bilion.Jika rakyat berjaya menghasilkan produk yang boleh menjelajah kepasa 1 bilion manusia,maka jika satu produk sahaja mendapat keuntungan RM10.00,maka wang berjumlah RM10  bilion berjaya dihasilkan.

     Bangsa Melayu  perlu berusaha menjadi usahawan dan melahirkan pelbagai produk agar ia berjaya dalam pasaran dalam negara dan antara bangsa.Jika seorang usahawan mempunyai modal RM10,000 dan bekerja sama dengan 10 orang,maka RM100,000 berjaya dikumpulkan.Dengan nilai RM100,000,kita boleh membuka bengkel kecil mengeluarkan pelbagai produk.

      Dengan modal RM100,000 ,ia boleh menghasilkan keuntungan RM100,000 sebulan dan setiap orang akan mendapat habuan RM10,000.Itulah kejayaan dalam bidang keusahawanan.

      Dalam dunia ini pelbagai bidang boleh diterokai dan setiap masa akan lahir pelbagai produk baru di pasaran.Ini menunjukkan bahawa usahawan sentiasa mencari idea menghasilkan produk.

     Bangsa  Melayu  perlu berusaha menjadi usahawan.Jika tidak mampu menjadi usahawan sepenuh masa,jadilah usahawan separa-masa.  

       Keusahawanan mempunyai peluang yang luas untuk berjaya kerana kerajaan menyediakan pelbagai bantuan ,sumber kewangan,nasihat kepada bangsa Melayu.MARA ditubuhkan untuk membantu bangsa Melayu.

      Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai Melayu.Menjadi Melayu mempunyai banyak keistimewaan berbanding bangsa lain.Namun sikap Melayu yang tidak mahu menceburi perniagaan menyebabkan bangsa lain lebih berjaya dan maju dalam bisnes.

        Bangsa Melayu tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai saluran untuk bangsa Melayu berjaya dalam bisnes namun sikap Melayu itu sendiri yang menyebabkan mereka gagal dan tidak berdaya maju.

       Setiap negara yang mahu maju dan berjaya perlu melahirkan lebih ramai usahawan   dalam pelbagai bidang kerana kerajaan bergantung dengan hasil cukai yang dibayar usahawan .Kemudahan teknologi dan prasarana canggih yang telah disediakan kerajaan memudahkan produk kita terbang ke  luar negara.

       Syarikat Munchy’s adalah sebuah syarikat bukan bumiputra yang menghasilkan pelbagai jenis biskut dan wafer.Produk syarikat ini berjaya menembusi 40 negara dunia termasuk negara-negara Islam kerana pihak JAKIM memberi status Halal dan kerajaan membantu dalam pemasaran produk.

         Kita mahu melihat lebih banyak syarikat Melayu berjaya hingga arena global.Walaupun telah wujud produk usahawan Melayu ke luar negara namun jumlahnya amat sedikit dan ia dikuasai bangsa lain.

      Perdana Menteri adalah bangsa Melayu dan beliau berusaha membantu Melayu melalui  dasar Model Ekonomi Baru yang diperkenalkan.Jika semua menteri Melayu telah berusaha merangka dasar dan program agar Melayu berjaya dalam keusahawanan namun Melayu sendiri masih bermentaliti  “aku gagal” maka sampai bilakah Melayu terus mundur dalam keusahawanan?



      Negara mahu lebih ramai Melayu berjaya dalam keusahawanan.Pemimpin Melayu mahu melihat lebih ramai anak Melayu menceburi bisnes.Pemimpin negara mahu melihat syarikat Melayu terkenal dalam dan luar negara.

      Jika lahir 1 juta usahawan Melayu dan mereka mampu membayar RM1000 cukai kepada negara,maka negara berjaya memungut 1bilion.Wang tersebut akan dimanfaatkan untuk membangunkan negara .Jika jumlah cukai dibayar kepada kerajaan RM10,000 setahun,maka 10 bilion berjaya dikutip.

         Wang akan dimanfaatkan kepada pelbagai saluran seperti  membina sekolah,jambatan,jalan,taman permainan,pusat rekreasi dan sebagainya.jadi Melayu akan menjadi Melayu yang berjasa kepada negara dan membantu membangunkan negara.

      Ketika kegemilangan Melaka,bangsa Melayu yang menjadi pedagang dalam dan luar negara.Tiada seorang pun bangsa Cina ketika itu.Ini membuktikan Melayu mempunyai keturunan yang bijak dalam dunia keusahawanan.Begitu juga kerajaan Kedah Lama,Kelantan dan sebagainya.Namun apabila bangsa Cina mula berhijrah ke Malaya,Melayu sudah hilang kekuatan dalam bidang keusahawanan dan sifat takutkan perniagaan bersarang dalam jiwa Melayu hinggalah hari ini.

     Melayu perlu bangun dan menceburi keusahawanan  supaya lebih ramai Melayu kaya dan berharta.harta yang banyak dapat dimanfaatkan untuk sedekah,jariah,wakaf,membantu orang miskin dalam dan luar negara dan sebagainya.Ini akan membantu kita sendiri di akhirat nanti.

      Ketika bangsa lain sudah mampu terbang ke Hong Kong  seminggu sekali untuk menghabiskan wang melancong,bangsa Melayu masih menunggang motosikal buruk ke sana sini bekerja  siang dan malam.Dapat gaji awal bulan,hujung bulan sudah habis.Begitulah kehidupannya.

Berniagalah wahai Melayu!

Puan Azimah 
CEO

Tuesday, April 12, 2011

KISAH-KISAH BENAR USAHAWAN KECIL

KISAH-KISAH BENAR  USAHAWAN KECIL .
        Mereka adalah anak Melayu bergelar usahawan kecil dan hanya berpendidikan SPM.Namun minat dalam keusahawanan  mereka berniaga dan memulakan dengan modal kecil.Baca kisah mereka.
1.Fadhil :Usahawan makanan/minuman bergerak.
        Setelah tamat SPM ,beliau bekerja sebagai operator kilang dengan gaji RM600.Setelah 5 tahun bekerja  gajinya naik mencecah RM900.Namun beliau berasa tidak puas dengan gaji yang diperolehi.
Isterinya pula hanya suri rumah menjaga anak-anak.
Akhirnya beliau berhenti kerja dan menjadi penjaja bergerak dengan motosikal roda tiga  menjual pelbagai makanan dan minuman sejak pagi hingga petang.
         Pagi menjual  bihun,nasi lemak,kuih dan air panas siap bungkus.Petang pula menjual buahnan potong .Kawasan jualan adalah  kawasan pembinaan,taman perumahan,hadapan sekolah,hadapan kilang,taman rekerasi,kawasan pantai dan di tepi jalan di mana pekerja memotong rumput atau pekerja membina jalan,serta penyapu sampah.
       Bulan pertama beliau mendapat pendapatan bersih RM1000.Bulan kedua meningkat kepada RM3000.Setelah 3 tahun berniaga,akhirnya mampu membeli van dan pelanggan semakin bertambah.
Kini beliau mampu membeli tanah dan membina rumah bernilai RM100,000 dan mempunyai restoran setelah bergelar penjaja jalanan selama 10 tahun.



2.FATHIMAH :PEGAWAI BANK/Usahawan pakaian.
       Belaiu Adalah pekerja sebuah bank kerajaan.Pada waktu petang selepas balik bekerja beliau menjaja pakaian baru hinggalah malam.Pada hari cuti berniaga dari pagi hinggalah malam.
      Gaji RM1500 ditambah dengan pendapatan menjaja pakaian menjadi RM3000.Setelah pelanggan bertambah,beliau tidak perlu lagi membawa pakaian ke rumah pelanggan dan mereka dating ke rumah Fathimah.
    Memulakan modal RM500 kini stok produk menjadi RM50,000 setelah berniaga selama 10 tahun.
Kini hanya menggunakan Facebook untuk menerima tempahan atau pertanyan mengenai  produk.
Pegawai bank ini berkata “Jika diharapkan gaji sebagai pekerja bank,saya tidak akan mampu membeli 3 buah kereta dan dua buah rumah.Berniaga menambahkan pendapatan saya”,
      Mereka berdua adalah anak didik saya.Saya mengajar mereka bagaimana mendapatkan wang dengan berniaga.Alhamdulillah mereka berjaya.Saya tidak mahukan pujian atau habuan,cukuplah mereka mendoakan saya  agar berjaya dunia dan akhirat.
     Insya-Allah jika kelapangan saya akan memberi  ceramah  percuma kepada anak Melayu yang miskin seluruh negara agar mereka belajar berniaga dan mampu menyara kehidupan dan tidak lagi bergantung dengan bantuan kerajaan.
      Melayu adalah bangsa bijak.Mereka miskin bukan kerana mereka  Melayu tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan .Saya mahu melupuskan Melayu miskin dari bumi Malaysia agar Melayu tidak lagi dipandang hina bangsa lain.

          Apabila menonton Bersamamu,mata ini merembes.Kerajaan telah berusaha memajukan bangsa Melayu namun sikap Melayu sendiri tidak mahu berubah.Mereka mahu kaya cepat dan malas berusaha.
Bangsa Cina datang dengan tangan kosong ke bumi Malaya  dan kini berjaya menghasilkan ribuan jutawan dalam perniagaan.Adakah mereka berjaya kerana mereka bangsa Cina?Tidak.
   Melayu….berubahlah.
Puan Azimah Mohamad
CEO.



Monday, April 11, 2011

BISNES KECIL BUAT USAHAWAN MODAL KECIL

BISNES KECIL BUAT USAHAWAN MODAL KECIL
Bisnes kecil dan mudah adalah bisnes yang tidak memerlukan modal besar.Malah ia boleh dilakukan semua golongan sama ada suri rumah atau pesara.Golongan yang telah mempunyai pendapatan tetap dan mahu menambahkan pendapatan juga boleh melakukannya.

         Bisnes kecil dan mudah adalah satu peluang kepada semua BANGSA MELAYU bagi menambahkan  pendapatan.Dalam kehidupan yang amat memerlukan wang terutama sekali kepada individu yang telah berkeluarga,ia perlu dilakukan untuk mencari wang tambahan menyara kehidupan.

Konsep SOHO adalah konsep perniagaan yang telah banyak dilakukan oleh usahawan-usahawan negara maju.Menurut Time kira-kira  20 peratus usahawan negara Amerika  mengamalkan sistem SOHO dan mereka mampu meraih pendapatan dari USD2,000 sehingga USD10,000 sebulan.
         SOHO (Small Office Home Office) merupakan konsep untuk perniagaan kecil yang
 diurus dan beroperasi dari rumah. Kajian oleh sebuah syarikat penerbitan di United
 Kingdom (Your Business At Home, EMP Plc. 2007 ) menganggarkan menjelang tahun
 2010, lebih 50% dari populasi masyarakat yang bekerja di pejabat atau berniaga akan
 beroperasi dari rumah sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

  Konsep SOHO boleh diamalkan bangsa Melayu jika mahu menjalankan bisnes kecil kerana kekurangan modal menyewa premis dan sebagainya.

Rumah dijadikan pejabat atau tapak perniagaan.Dengan ini,anda boleh melakukan pelbagai jenis perniagaan yang kecil dan mudah.
         Pada masa kini,persaingan dalam perniagaan semakin bertambah.Justeru mengamalkan sistem SOHO sebenarnya memberi banyak kemudahan dan penjimatan terhadap bisnes anda.


Contoh bisnes kecil dan mudah


Bisnes 1 : Pakaian.
Bisnes 2 : Mengajar Quran.
Bisnes 3 : Tuisyen Bahasa Inggeris.
Bisnes 4 : Servis Pembersihan. 
Bisnes 5 : Servis dan baiki komputer.
Bisnes 6 : Program komputer.
Bisnes 7 : Tukaran mata wang.
Bisnes 8 : Kuih-muih.
Bisnes 9 : Kek dan roti.
Bisnes 10 : Pisang goreng,keledek,sukun,cempedak.
Bisnes 11 : Nasi lemak.
Bisnes 12 : T shirt bercetak.
Bisnes 13 : Pokok dan benih.
Bisnes 14 : Menulis.
Bisnes 15 : Ikan,sayur dan lain-lain.
Bisnes 16 : Pembayar bil.
Bisnes 17 : Ceramah motivasi.
 Bisnes 18 : Bengkel ringkas.
Bisnes 19 : Kraf dan cenderamata.
Bisnes 20 : Rumah dan tanah.
Bisnes 21 : Peralatan elektrik.
Bisnes 22 : Ubatan dan vitamin.
Bisnes 23 : Ais krim.
Bisnes 24 :  Juru gambar.
Bisnes 25 : Sewa kereta /van.
Bisnes 26 : Aksesori wanita.
Bisnes 27 : Minuman dan makanan .
Bisnes 28 : E-book
Bisnes  29 : Kad pra-bayar.
Bisnes 30 : Kelas Bahasa.
Bisnes 31 : Jahitan.
Bisnes 32 : Roti canai
Bisnes 33 : Membaiki peralatan rumah.
Bisnes 34 : Pencari kerja.
Bisnes 35 : Urutan.
Bisnes 36 : Pemotong rumput.
Bisnes 37 : Tukang gunting.
Bisnes 38 : Pengasuh kanak-kanak.
Bisnes 39 :  Mekanik .

Bisnes 40 :  Sewa buku / majalah
Bisnes 41 : Homestay
Bisnes 42 :  Kelapa bakar.
Bisnes 43 : Perkakas elektronik.
Bisnes 44 : Burger dan kebab.
Bisnes 45 : Pelancongan.
Bisnes 46 : Konsultan Landskap.
Bisnes 47 : Seni mempertahankan diri.
Bisnes 48 : Sewa peralatan dan tapak sukan.
Bisnes 49 : Internet.
Bisnes 50 : Idea.
Bisnes 51 : Kertas kerja / proposal.
Bisnes 52 : Pemandu pelancong.
Bisnes 53 : Memunggah .
Bisnes 54 : Buah-buahan campur.

Bisnes 55 : Aksesori dan perhiasan.
Bisnes 56 : Bahan-bahan kaitan.
Bisnes 57 : Bahan buangan.
Bisnes 58 : Kereta buruk.
Bisnes 59 : Melukis.
Bisnes 60 : Membaiki telefon
Bisnes 61 : Membaiki jam.
 Bisnes 62 : Jual beli kereta.
Bisnes 63 : Bingkai gambar.
Bisnes 64 : Sayuran.
Bisnes 65 : Agen insurans.
Bisnes 66 : Mini katering.
Bisnes 67 : Bisnes bermusim.
Bisnes 68 :  Air proses.
Bisnes 69 : Juruteknik elektrik.
Bisnes 70 : Pop Corn.
Bisnes 71 : Membuat cd/vcd/dvd.
Bisnes 72 : Parking lot.

Bisnes 73 : Aksesori kenderaan.

 Bisnes 74 : Cuci kereta / motor.
Bisnes 75 : Pertukangan.
Bisnes 76 :  Makanan ringan.
Bisnes 77 : Kerepek.
Bisnes 78 : Madu.
Bisnes 79 : Air nira
Bisnes 80 :  Perkakasan hantaran.
Bisnes 81 : Ikan bakar.
Bisnes 82 :  Muzik
Bisnes 83 : Motor man
Bisnes 84 : Kursus komputer.
 Bisnes 85 : Penyiasat persendirian.
Bisnes 86 : Sewa bilik.
Bisnes 87 : Peraih.
Bisnes 88 : Kuih raya
Bisnes 89 : Peralatan besi
Bisnes 90 : Pereka laman web.
Bisnes 91 : Membaiki basikal.
Bisnes 92 : Membasuh kolam
Bisnes 93 : Pembunuh serangga
Bisnes 94 : Ikan air tawar
Bisnes 95 : Khidmat andaman.
Bisnes 96 : Khidmat menghantar barang.
Bisnes 97 :  Tukang rumah.
Bisnes 98 : Forex
Bisnes 99 : Silap mata
Bisnes 100 : Jualan Langsung ( MLM)

Sebenarnya bisnes kecil mempunyai jutaan bisnes namun tidak mampu ditulis kesemuanya .Cari sahaja maklumat dalam internet dan sertai pelbagai laman forum perniagaan dalam dan luar negara.
Bisnes kecil hanya memerlukan modal RM500 hingga RM5000 bergantung kepada jenis,produk,pemasaran dan sebagainya.

Apabila anda memiliki modal kecil,mulakan dengan bisnes kecil dan komitedlah.Permulaan kecil akan berakhir besar.

Manusia yang memiliki wang RM5000 dan mahu membuka premis pakaian adalah mustahil kerana kos untuk pengubahsuai premis sahaja sudah mencecah RM5000.Paling kurang modal membuka premis pakaian adalah RM50,000 ,manakala RM30,000 sebagai modal pusingan.Jumlah RM80,000 adalah paling efektif.

Mulakan kecil dan pastikan ia menjadi besar dan berkembang dengan baik.Bilionair Boon Siew memulakan bisnes motor dengan lima buah motosikal dan ia dijaja dari rumah ke rumah.Beliau bukan lahir sahaja ke dunia dan terus menjadi bilioanair.

Selamat membaca 

Puan Azimah Mohamad
CEO





MENGAPA MELAYU TAKUTKAN PERNIAGAAN?

MENGAPA MELAYU TAKUTKAN PERNIAGAAN?


Firman Allah swt di dalam Al-Quran,surah Jumaat,ayat 10,bermaksud:
Maka apabila kamu telah menunaikan solat,bertebaranlah di muka bumi dan carilah
kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya,mudah-mudahan
kamu menang.

      Ekonomi negara dikuasai bangsa Cina .Cina menguasai pelbagai bidang dalam perniagaan dan amat sedikit jumlah bangsa Melayu berniaga.Melayu yang berniaga juga mendapatkan sumber produk dari pemborong Cina.

Ini menunjukkan bangsa Melayu yang menceburi perniagaan amat sedikit.Antara punca Melayu takutkan perniagaan adalah :

1.Berfikir makan gaji memberi pendapatan tetap dan lebih baik.
2.Takutkan risiko kerugian.
3.Berfikir berniaga  tidak menjamin masa depan.
4.Tidak berani menghadapi cabaran.
5.Takutkan kegagalan.
6.Menganggap orang yang mempunyai hubungan politik sahaja boleh berjaya.
7.Mahu banyak cuti dan rehat.
8.Menganggap bisnes itu budaya Cina,bukan Melayu.
9.Menganggap bisnes itu bermusim sahaja keuntungan.
10.Tidak mahu pening kepala dengan masalah hutang.
11.Takut kehilangan modal.
12.Menganggap bisnes itu susah.
13.Menganggap tiada ilmu.
14.Tidak mahu bersusah payah.
15.Tiada motivasi dalam diri.
16.Tidak yakin berjaya.


Adakah Melayu itu satu bangsa sedemikian yang amat takutkan perniagaan?
Jika empayar Melaka boleh maju dan berjaya suatu waktu dahulu ketika belum
lahir lebuh raya,internet dan kapal terbang,mengapa kita yang hidup pada zaman serba
canggih dan sotisfikated tidak boleh berjaya dalam perniagaan?

Sebenarnya kejayaan tamadun Melaka membuktikan bahawa bangsa Melayu itu bijak dalam ekonomi.Mereka berjaya menjadi pedagang hebat  dan menarik ramai pelabur ke Melaka hingga dicemburui negara Eropah dan datanglah Portugis menawan Melaka,kemudian diikuti Belanda.

Kerugian dan kesilapan paling besar dalam bangsa Melayu adalah sifat takutkan perniagaan.Mereka belum lagi memulakan perniagaan mereka telah berfikir mereka akan gagal.

Memang menyedihkan mentaliti Melayu sedemikian.Melayu adalah bangsa yang bijak sejak ribuan tahun lampau,namun mentaliti mereka menyebabkan ramai Melayu menjauhi perniagaan.

Bangsa Cina adalah lebih kecil berbanding Melayu namun mereka berjaya menguasai ekonomi negara.Tanpa sokongan MARA dan DEB,malah hak keistimewaan mereka berjaya.Mereka berjaya kerana kesungguhan dan merebut peluang bukan menunggu wang emas dari langit.

Sebagai anak Melayu,saya mahu melihat lebih ramai Melayu menceburi perniagaan terutama sektor industri pemakanan.Adalah lebih baik bihun,kicap,sos,kerepek,makanan ringan,kek,bebola ikan,sayuran,makanan dalam tin,wafer,ais krim,pau  dan sebagainya dihasilkan bangsa Melayu kerana terjamin bersih dan halal.

Apabila kerajaan memperkenalkan negara sebagai Hub Halal kepada dunia,bangsa Melayu perlu berusaha menjadi usahawan dan berjaya menghasilkan pelbagai makanan untuk dipasarkan dalam dan luar negara.Kerajaan menyokong dengan pelbagai cara untuk memajukan bangsa Melayu dalam perniagaan namun sikap bangsa Melayu sendiri yang tidak mahu memajukan diri.

Sampai  bila sifat takutkan perniagaan terus bersarang dalam jiwa bangsa Melayu?

Fikir-fikirkan..
Puan Azimah Mohamad
CEO.

Sunday, April 10, 2011

ADMIN BLOG

MODAL KECIL


MODAL KECIL

Ramai orang berminat dengan bisnes ,namun mempunyai modal kecil dan mengeluh " Bgmana hendak memulakan?"

Kita lihat diri kita,bgmana bermula?Kita keluar dari perut ibu dan hanya tahu menangis,sebelum pandai menggengam tangan,berguling,mengesot,merangkak,berjalan...Begitulah juga dengan bisnes.Bisnes boleh dimulakan dengan kecil dan berusahalah bersungguh hingga membesar dan besar.

Mungkin ramai tidak tahu sejarah bilionair Boon Siew.Beliau memulakan bisnes motosikal dengan 5 buah motor sahaja .Beliau menjaja dari rumah ke rumah hingga berjaya menjadi bilionair.Tidakkah beliau mula dengan kecil?

Begitu juga dalam bisnes .Jika anda modal kecil dan mahu mulakan dengan bisnes,anda boleh mulakan bisnes dengan baik.

Walaupun memulai dengan modal RM500,ia akan bergerak dengan baik dan semakin membesar.Apa yang penting adalah kemahiran dan ilmu.Pilih bisnes yang efektif dan rajinlah.

 Ramai Usahawan bermula  dengan modal kecil akhirnya berjaya memiliki premis dan menjadi pemborong,begitulah permulaan bisnes.

Apa jua bisnes ,kita memerlukan kemahiran dan ilmu.Menjalankan bisnes tanpa ilmu,ia mempunyai jalan yg sukar untuk berjaya.Setiap bisnes perlu dipelajari dari usahawan yang berpengalaman dalam bidang tersebut.Adalah salah belajar membuat roti canai dari usahawan pakaian.Begitu juga adalah salah belajar bisnes motosikal dari usahawan roti canai.

 Ramai orang bertanya kenapa usahawan bilionair dalam bisnes tidak pernah menulis blog atau buku mengajar orang Melayu berniaga?mungkin mereka mempunyai masa yg terhad atau tidak mahu berkongsi kejayaan dalam bisnes . Mungkin juga mereka menggunakan cara lain seperti member modal membuka pusat latihan .

Selamat berniaga!


Admin bagi pihak CEO